SELAMAT DATANG KE BLOG KUMPULAN 6 BERTAJUK ADAT SEBAGAI RUJUKAN HUKUM

Friday, 18 March 2016

7. URUF MERUPAKAN RUJUKAN PENERAPAN HUKUM-HUKUM



Uruf juga dianggap sebagai rujukan penerapan hukum-hakam terhadap beragam kejadian yang besifat Juz-i. Diantaranya adalah keadilan termasuk syarat diterimanya kesaksian. 

Firman Allah S.W.T.

 :وَأَشْهِدُواْذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُم

Maksudnya :
“dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu,” (Surah at-Thalaq 65:2)

Keadilan adalah kemampuan yang mendorong pemiliknya untuk selalu bertakwa dan menjaga maruahnya. Jadi apa saja yang dapat menjatuhkan maruah seseorang, dianggap sebagai unsur yang merosak keadilan, dan apa yang boleh merosaknya, tentunya memiliki perbezaan sesuai dengan perbezaan masa dan tempat. Contohnya seperti membuka kepala (tidak memakai songkok). Jelas hal ini berbeza dan sesuai dengan keadaan tempat. Ini kerana bagi yang memiliki maruah,
 membiarkan kepala tanpa menutup adalah sesuatu yang buruk di negeri timur, sedangkan di negeri
 barat sama sekali tidak buruk. Dengan begitu, maka hal tersebut dapat merosak keadilan dalam 
pandangan orang-orang timur, sedangkan bagi orang barat tidak menjadi masalah.   


وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا

“Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara makruf (yang 
sepatutnya).” (Surah al-Baqarah 2:233)

Dari ayat di atas, Allah telah mewajibkan kepada seorang bapa untuk memberi makanan dan pakaian kepada ibu mengikut uruf iaitu mengikut adat kebiasaan sesuatu tempat. Kadar bagi untuk
 memberikan makan dan pakaian adalah tidak ditetapkan dengan sesuatu bilangan atau ukuran malahan mengikut adat kebiasaan dalam kehidupan seharian. Jelaslah, uruf dijadikan rujukan dalam menentukan jumlah nafkah kerana nas tidak menjelaskan jumlahnya. 

6. PERBINCANGAN APLIKASI TENTANG MENJADIKAN ADAT SEBAGAI RUJUKAN HUKUM


  •  Ia merupakan peranan yang besar dalam pengurusan manusia. Setiap kajian dalam sains ,teknologi ,dibenarkan menggunakan kaedah ini sebagai sumber rujukan membuat keputusan.
  • penggunaan kaedah ini berdasarkan kefahaman yang mendalam tentang konsep adat dan uruf yang mampu menjadi rujukan hukum. sebelum operasi penyelidikan dibuat bahan perbincangan seharusnya berstatus baik , dan menepati kehendak syarak.
  • selalu yang diterima umum dan satu kelaziman yang meluas belum cukup kukuh untuk jadikan sandaran untuk hasil rekaan dan teknologi baharu tersebut andaikata impak buruknya lebih besar
  • asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan hukum ialah cegah kemudaratan daripada menarik kemaslahatan umtuk manusia.
  • para saintis , teknorat dan jurutera dapat menjadikan nas syarak dan prinsip2 utama syariat sebagai sumber teras dalam membuat penyelidikan. 

5. PERANAN ‘URUF DALAM PENETAPAN HUKUM



Uruf memainkan peranan yang penting dalam proses pembentukan hukum fiqh. Para ulama fiqh telah menjadikannya salah satu sumber dalam menentukan keputusan ijtihad mereka.Antara peranan yang dimainkan oleh ‘urf dalam bidang fiqh ialah :

 1.  Perantara Kepada Dalil-dalil Fiqh
  • Sebahagian ulama seperti al-Qarafi  dan  Ibn  Abidin  telah  mengiktiraf  ‘uruf  sebagai  salah  satu sumber dalam hukum fiqh.
  • Menurut Abu Yusuf dan Muhammad ibn al-Hasan , ‘uruf  dijadikan dalil keharusan  di dalam  akad al-mudharabah, akad al-istisna’, wakaf harta alih. 
  • Contohnya seperti akad tempahan,’uruf bertindak sebagai perantara kepada ijmak sukuti iaitu  persepakatan sebahagian para mujtahid terhadap sesuatu perkara pada sesuatu zaman dan  sebahagian mujtahid hanya mendiamkan diri setelah mengetahuinya. 
2.  Rujukan Kepada Hakim untuk menjatuhkan hukuman
  • Dalam bidang kehakiman Islam, ‘uruf menjadi rujukan hakim dan pengamal undang-undang dalam melaksanakan hukuman.
  •  Sebahagian ulama telah melarang para hakim terikat dengan mana-mana mazhab dan  membelakangkan ‘urf dalam membuat keputusan mereka.
3.  Tafsiran Kepada Kehendak Seseorang.
  • ‘Uruf membantu menjelaskan maksud dan kehendak seseorang yang biasanya kehendak tersebut tidak dijelaskan oleh seseorang kerana ia sudah diketahui berdasarkan ‘uruf.
  • Contohnya dalam masalah jualbeli yang diwakilkan, penerima wakil hendaklah melakukan  penjualan atau pembelian mengikut kadar harga pasaran walaupun pewakil tidak menyebutnya di dalam akad.
4.  Pembantu Dalam Proses Tarjih
  • Tarjih yang dimaksudkan ialah sebagai ijtihad intiqa’i iaitu memilih salah satu pendapat  para ulama’ terdahulu berdasarkan kelebihan tertentu.
  • Tarjih hanya dibenarkan antara pendapat-pendapat yang berdasarkan dalil-dalil yang boleh       diterima dan hanya berbeza dari segi kekuatannya sahaja.
  • Salah satu dari pendapat tersebut dipilih berdasarkan ‘uruf semasa yang mengambil kira  keperluan manusia. 
  • Contohnya ialah keharusan wanita bermusafir tanpa ditemani suami atau muhrimnya jika tidak ditakuti apa-apa gangguan semasa perjalanan.
5.  Sebagai Penghurai Kepada Hukum-hukum Fiqh Yang Terkandung Dalam Nas.
  • Terdapat banyak hukum fiqh yang terkandung dalam nas dan hadith yang berdasarkan kepada ‘uruf. 
  • Contoh seperti kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri dan anak. Dalam soal kadar,
  •  bentuk dan lain-lain perkara yang berkaitan diserahkan kepada ‘uruf yang menghuraikannya. Di sini jaga jelas bahawa ‘uruf sudah di kenali oleh manusia dan mesti tidak berlawanan dengan kehendak syarak.