Uruf memainkan peranan yang penting dalam proses pembentukan hukum fiqh. Para ulama fiqh telah menjadikannya salah satu sumber dalam menentukan keputusan ijtihad mereka.Antara peranan yang dimainkan oleh ‘urf dalam bidang fiqh ialah :
1. Perantara Kepada Dalil-dalil Fiqh
- Sebahagian ulama seperti al-Qarafi dan Ibn Abidin telah mengiktiraf ‘uruf sebagai salah satu sumber dalam hukum fiqh.
- Menurut Abu Yusuf dan Muhammad ibn al-Hasan , ‘uruf dijadikan dalil keharusan di dalam akad al-mudharabah, akad al-istisna’, wakaf harta alih.
- Contohnya seperti akad tempahan,’uruf bertindak sebagai perantara kepada ijmak sukuti iaitu persepakatan sebahagian para mujtahid terhadap sesuatu perkara pada sesuatu zaman dan sebahagian mujtahid hanya mendiamkan diri setelah mengetahuinya.
2. Rujukan Kepada Hakim untuk menjatuhkan hukuman
- Dalam bidang kehakiman Islam, ‘uruf menjadi rujukan hakim dan pengamal undang-undang dalam melaksanakan hukuman.
- Sebahagian ulama telah melarang para hakim terikat dengan mana-mana mazhab dan membelakangkan ‘urf dalam membuat keputusan mereka.
- ‘Uruf membantu menjelaskan maksud dan kehendak seseorang yang biasanya kehendak tersebut tidak dijelaskan oleh seseorang kerana ia sudah diketahui berdasarkan ‘uruf.
- Contohnya dalam masalah jualbeli yang diwakilkan, penerima wakil hendaklah melakukan penjualan atau pembelian mengikut kadar harga pasaran walaupun pewakil tidak menyebutnya di dalam akad.
4. Pembantu Dalam Proses Tarjih
- Tarjih yang dimaksudkan ialah sebagai ijtihad intiqa’i iaitu memilih salah satu pendapat para ulama’ terdahulu berdasarkan kelebihan tertentu.
- Tarjih hanya dibenarkan antara pendapat-pendapat yang berdasarkan dalil-dalil yang boleh diterima dan hanya berbeza dari segi kekuatannya sahaja.
- Salah satu dari pendapat tersebut dipilih berdasarkan ‘uruf semasa yang mengambil kira keperluan manusia.
- Contohnya ialah keharusan wanita bermusafir tanpa ditemani suami atau muhrimnya jika tidak ditakuti apa-apa gangguan semasa perjalanan.
5. Sebagai Penghurai Kepada Hukum-hukum Fiqh Yang Terkandung Dalam Nas.
- Terdapat banyak hukum fiqh yang terkandung dalam nas dan hadith yang berdasarkan kepada ‘uruf.
- Contoh seperti kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri dan anak. Dalam soal kadar,
- bentuk dan lain-lain perkara yang berkaitan diserahkan kepada ‘uruf yang menghuraikannya. Di sini jaga jelas bahawa ‘uruf sudah di kenali oleh manusia dan mesti tidak berlawanan dengan kehendak syarak.
No comments:
Post a Comment