SELAMAT DATANG KE BLOG KUMPULAN 6 BERTAJUK ADAT SEBAGAI RUJUKAN HUKUM

Thursday, 17 March 2016

3. PEMBAHAGIAN


Al-uruf dapat dilihat dari sudut sebab dan pergantungannya, ia dapat dijelaskan seperti yang berikut ;

Dari sudut objeknya ia dapat dibahagikan kepada dua jenis ;
1.      Uruf lafziyy
2.      Uruf amaliyy

Uruf lafziyy 
  • Kebiasaan masyarakat dalam mempergunakan lafaz atau ungkapan tertentu. 
  • Ia merupakan perkataan yang menjadi kebiasaan orang ramai menggunakannya untuk makna-makna tertentu.
  • Contohnya ialah penggunaan perkataan al-Walad  yang   sudah  menjadi  kebiasaan  orang arab menggunakannya untuk makna anak lelaki bukan untuk perempuan, sedangkan ia dari segi  bahasa merangkumi anak lelaki dan perempuan.
 Uruf amaliyy
  • Ia bermaksud perbuatan atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat. 
  • Maksud kegiatan biasa adalah kegiatan yang bersangkutan dengan kehidupan biasa tanpa  melibatkan akad dan hak seperti makan, minum, pakaian,dan sebagainya.
  • Maksud kegiatan kemasyarakatan pula ialah kegiatan yang bersangkutan dengan akad dan hak. Di antara contohnya ialah kebiasaan orang ramai berjual beli kebanyakan barang-barang tanpa ada lafaz ijab dan qabul, penggunaan tandas awam tanpa ditetapkan tempoh masa dan  jumlah air yang digunakan. 
 Al-Uruf juga dilihat dari sudut sumber
 Al-Uruf apabila dilihat dari sudut sumber ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ;

1.      Uruf am
2.      Uruf khas

Uruf am
  • Ia merupakan perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan kebanyakan penduduk semua negara  Islam di dalam satu masa. 
  • Contohnya ialah masuk ke dalam masjid tanpa menanggalkan kasut adalah menghina kesuciannya, jual beli melalui tempahan dengan mendahulukan bayaran cengkeram dan lafaz talak yang  digunakan untuk perceraian oleh seluruh umat Islam walaupun pada asalnya tidak bermaksud untuktujuan tersebut.
Uruf khas
  • Uruf khas ialah kebiasaan yang berlaku yang  menjadi  kebiasaan  atau  dikenali  oleh  penduduk sesebuah kawasan atau satu golongan manusia yang  tertentu sahaja. Ianya berbeza mengikut keadaan dan situasinya. 
  • Contohnya ialah masuk ke dalam rumah orang-orang islam tanpa  membuka  kasut  adalah  dikira menghina tuan rumah tetapi ada di antara negeri islam yang lainnya tidak memandang hina perbuatan tersebut seperti  Jordan  dan  juga  kebiasaan  di  sesetengah  tempat  meletakkan  tanggungjawab membayar bil ke atas pemilik rumah sewa bukannya penyewa.
Al-Uruf dilihat dari sudut perakuan dan penolakan

Ia dapat dibahagikan kepada dua jenis bahagian iaitu ;
1.      Uruf sahih
2.      Uruf fasid

Uruf sahih
  • Uruf sahih ialah adat yang  tidak  bercanggah dengan dalil syarak atau perkara tanpa  mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. 
  • Erti kata lain, ia merupakan adat  yang  tidak  bercanggah  dengan  nas  syarak  serta  tidak  membawa kemudaratan kepada manusia. 
  • contohnya seperti kebiasaan isteri  tidak  akan  berpindah  ke  rumah  suaminya  kecuali selepas  menerima sebahagian daripada mas kahwin, dan bahawa apa yang diberikan oleh lelaki yang meminang di dalam masa pertunangan  dianggap sebagai hadiah sahaja bukan sebahagian   daripada mas kahwin dan juga jual beli tanpa lafaz ijab dan qabul.
Uruf fasid
  • Uruf fasid ialah perkara yang sudah menjadi kebiasaan orang ramai melakukannya tetapi ia  menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal dan juga setiap perkara yang  menyalahi syarak dan membawa kemudaratan kepada manusia serta tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.
  • Dalam erti kata lain ia merupakan al-Uruf  yang  salah  atau  segala  adat  yang  berlaku  dalam  masyarakat dan didapati bertentangan dengan syariat Islam.
  • Sebagai contoh seperti kebiasaan mereka memakan riba, menghidangkan minuman-minuman yang keras,  mengadakan tarian-tarian di hari-hari  perayaan ,   meninggalkan  sembahyang di hari perayaan umum dan pergaulan bebas tanpa menutup aurat di antara  perempuan mengharamkan pendedahan aurat kepada yang bukan mahram

No comments:

Post a Comment