SELAMAT DATANG KE BLOG KUMPULAN 6 BERTAJUK ADAT SEBAGAI RUJUKAN HUKUM

Friday, 18 March 2016

7. URUF MERUPAKAN RUJUKAN PENERAPAN HUKUM-HUKUM



Uruf juga dianggap sebagai rujukan penerapan hukum-hakam terhadap beragam kejadian yang besifat Juz-i. Diantaranya adalah keadilan termasuk syarat diterimanya kesaksian. 

Firman Allah S.W.T.

 :وَأَشْهِدُواْذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُم

Maksudnya :
“dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu,” (Surah at-Thalaq 65:2)

Keadilan adalah kemampuan yang mendorong pemiliknya untuk selalu bertakwa dan menjaga maruahnya. Jadi apa saja yang dapat menjatuhkan maruah seseorang, dianggap sebagai unsur yang merosak keadilan, dan apa yang boleh merosaknya, tentunya memiliki perbezaan sesuai dengan perbezaan masa dan tempat. Contohnya seperti membuka kepala (tidak memakai songkok). Jelas hal ini berbeza dan sesuai dengan keadaan tempat. Ini kerana bagi yang memiliki maruah,
 membiarkan kepala tanpa menutup adalah sesuatu yang buruk di negeri timur, sedangkan di negeri
 barat sama sekali tidak buruk. Dengan begitu, maka hal tersebut dapat merosak keadilan dalam 
pandangan orang-orang timur, sedangkan bagi orang barat tidak menjadi masalah.   


وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا

“Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara makruf (yang 
sepatutnya).” (Surah al-Baqarah 2:233)

Dari ayat di atas, Allah telah mewajibkan kepada seorang bapa untuk memberi makanan dan pakaian kepada ibu mengikut uruf iaitu mengikut adat kebiasaan sesuatu tempat. Kadar bagi untuk
 memberikan makan dan pakaian adalah tidak ditetapkan dengan sesuatu bilangan atau ukuran malahan mengikut adat kebiasaan dalam kehidupan seharian. Jelaslah, uruf dijadikan rujukan dalam menentukan jumlah nafkah kerana nas tidak menjelaskan jumlahnya. 

6. PERBINCANGAN APLIKASI TENTANG MENJADIKAN ADAT SEBAGAI RUJUKAN HUKUM


  •  Ia merupakan peranan yang besar dalam pengurusan manusia. Setiap kajian dalam sains ,teknologi ,dibenarkan menggunakan kaedah ini sebagai sumber rujukan membuat keputusan.
  • penggunaan kaedah ini berdasarkan kefahaman yang mendalam tentang konsep adat dan uruf yang mampu menjadi rujukan hukum. sebelum operasi penyelidikan dibuat bahan perbincangan seharusnya berstatus baik , dan menepati kehendak syarak.
  • selalu yang diterima umum dan satu kelaziman yang meluas belum cukup kukuh untuk jadikan sandaran untuk hasil rekaan dan teknologi baharu tersebut andaikata impak buruknya lebih besar
  • asas pertimbangan utama untuk menerima adat sebagai rujukan hukum ialah cegah kemudaratan daripada menarik kemaslahatan umtuk manusia.
  • para saintis , teknorat dan jurutera dapat menjadikan nas syarak dan prinsip2 utama syariat sebagai sumber teras dalam membuat penyelidikan. 

5. PERANAN ‘URUF DALAM PENETAPAN HUKUM



Uruf memainkan peranan yang penting dalam proses pembentukan hukum fiqh. Para ulama fiqh telah menjadikannya salah satu sumber dalam menentukan keputusan ijtihad mereka.Antara peranan yang dimainkan oleh ‘urf dalam bidang fiqh ialah :

 1.  Perantara Kepada Dalil-dalil Fiqh
  • Sebahagian ulama seperti al-Qarafi  dan  Ibn  Abidin  telah  mengiktiraf  ‘uruf  sebagai  salah  satu sumber dalam hukum fiqh.
  • Menurut Abu Yusuf dan Muhammad ibn al-Hasan , ‘uruf  dijadikan dalil keharusan  di dalam  akad al-mudharabah, akad al-istisna’, wakaf harta alih. 
  • Contohnya seperti akad tempahan,’uruf bertindak sebagai perantara kepada ijmak sukuti iaitu  persepakatan sebahagian para mujtahid terhadap sesuatu perkara pada sesuatu zaman dan  sebahagian mujtahid hanya mendiamkan diri setelah mengetahuinya. 
2.  Rujukan Kepada Hakim untuk menjatuhkan hukuman
  • Dalam bidang kehakiman Islam, ‘uruf menjadi rujukan hakim dan pengamal undang-undang dalam melaksanakan hukuman.
  •  Sebahagian ulama telah melarang para hakim terikat dengan mana-mana mazhab dan  membelakangkan ‘urf dalam membuat keputusan mereka.
3.  Tafsiran Kepada Kehendak Seseorang.
  • ‘Uruf membantu menjelaskan maksud dan kehendak seseorang yang biasanya kehendak tersebut tidak dijelaskan oleh seseorang kerana ia sudah diketahui berdasarkan ‘uruf.
  • Contohnya dalam masalah jualbeli yang diwakilkan, penerima wakil hendaklah melakukan  penjualan atau pembelian mengikut kadar harga pasaran walaupun pewakil tidak menyebutnya di dalam akad.
4.  Pembantu Dalam Proses Tarjih
  • Tarjih yang dimaksudkan ialah sebagai ijtihad intiqa’i iaitu memilih salah satu pendapat  para ulama’ terdahulu berdasarkan kelebihan tertentu.
  • Tarjih hanya dibenarkan antara pendapat-pendapat yang berdasarkan dalil-dalil yang boleh       diterima dan hanya berbeza dari segi kekuatannya sahaja.
  • Salah satu dari pendapat tersebut dipilih berdasarkan ‘uruf semasa yang mengambil kira  keperluan manusia. 
  • Contohnya ialah keharusan wanita bermusafir tanpa ditemani suami atau muhrimnya jika tidak ditakuti apa-apa gangguan semasa perjalanan.
5.  Sebagai Penghurai Kepada Hukum-hukum Fiqh Yang Terkandung Dalam Nas.
  • Terdapat banyak hukum fiqh yang terkandung dalam nas dan hadith yang berdasarkan kepada ‘uruf. 
  • Contoh seperti kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri dan anak. Dalam soal kadar,
  •  bentuk dan lain-lain perkara yang berkaitan diserahkan kepada ‘uruf yang menghuraikannya. Di sini jaga jelas bahawa ‘uruf sudah di kenali oleh manusia dan mesti tidak berlawanan dengan kehendak syarak. 

Thursday, 17 March 2016

3. PEMBAHAGIAN


Al-uruf dapat dilihat dari sudut sebab dan pergantungannya, ia dapat dijelaskan seperti yang berikut ;

Dari sudut objeknya ia dapat dibahagikan kepada dua jenis ;
1.      Uruf lafziyy
2.      Uruf amaliyy

Uruf lafziyy 
  • Kebiasaan masyarakat dalam mempergunakan lafaz atau ungkapan tertentu. 
  • Ia merupakan perkataan yang menjadi kebiasaan orang ramai menggunakannya untuk makna-makna tertentu.
  • Contohnya ialah penggunaan perkataan al-Walad  yang   sudah  menjadi  kebiasaan  orang arab menggunakannya untuk makna anak lelaki bukan untuk perempuan, sedangkan ia dari segi  bahasa merangkumi anak lelaki dan perempuan.
 Uruf amaliyy
  • Ia bermaksud perbuatan atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat. 
  • Maksud kegiatan biasa adalah kegiatan yang bersangkutan dengan kehidupan biasa tanpa  melibatkan akad dan hak seperti makan, minum, pakaian,dan sebagainya.
  • Maksud kegiatan kemasyarakatan pula ialah kegiatan yang bersangkutan dengan akad dan hak. Di antara contohnya ialah kebiasaan orang ramai berjual beli kebanyakan barang-barang tanpa ada lafaz ijab dan qabul, penggunaan tandas awam tanpa ditetapkan tempoh masa dan  jumlah air yang digunakan. 
 Al-Uruf juga dilihat dari sudut sumber
 Al-Uruf apabila dilihat dari sudut sumber ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ;

1.      Uruf am
2.      Uruf khas

Uruf am
  • Ia merupakan perbuatan yang sudah menjadi kebiasaan kebanyakan penduduk semua negara  Islam di dalam satu masa. 
  • Contohnya ialah masuk ke dalam masjid tanpa menanggalkan kasut adalah menghina kesuciannya, jual beli melalui tempahan dengan mendahulukan bayaran cengkeram dan lafaz talak yang  digunakan untuk perceraian oleh seluruh umat Islam walaupun pada asalnya tidak bermaksud untuktujuan tersebut.
Uruf khas
  • Uruf khas ialah kebiasaan yang berlaku yang  menjadi  kebiasaan  atau  dikenali  oleh  penduduk sesebuah kawasan atau satu golongan manusia yang  tertentu sahaja. Ianya berbeza mengikut keadaan dan situasinya. 
  • Contohnya ialah masuk ke dalam rumah orang-orang islam tanpa  membuka  kasut  adalah  dikira menghina tuan rumah tetapi ada di antara negeri islam yang lainnya tidak memandang hina perbuatan tersebut seperti  Jordan  dan  juga  kebiasaan  di  sesetengah  tempat  meletakkan  tanggungjawab membayar bil ke atas pemilik rumah sewa bukannya penyewa.
Al-Uruf dilihat dari sudut perakuan dan penolakan

Ia dapat dibahagikan kepada dua jenis bahagian iaitu ;
1.      Uruf sahih
2.      Uruf fasid

Uruf sahih
  • Uruf sahih ialah adat yang  tidak  bercanggah dengan dalil syarak atau perkara tanpa  mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. 
  • Erti kata lain, ia merupakan adat  yang  tidak  bercanggah  dengan  nas  syarak  serta  tidak  membawa kemudaratan kepada manusia. 
  • contohnya seperti kebiasaan isteri  tidak  akan  berpindah  ke  rumah  suaminya  kecuali selepas  menerima sebahagian daripada mas kahwin, dan bahawa apa yang diberikan oleh lelaki yang meminang di dalam masa pertunangan  dianggap sebagai hadiah sahaja bukan sebahagian   daripada mas kahwin dan juga jual beli tanpa lafaz ijab dan qabul.
Uruf fasid
  • Uruf fasid ialah perkara yang sudah menjadi kebiasaan orang ramai melakukannya tetapi ia  menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal dan juga setiap perkara yang  menyalahi syarak dan membawa kemudaratan kepada manusia serta tidak mendatangkan apa-apa kebaikan.
  • Dalam erti kata lain ia merupakan al-Uruf  yang  salah  atau  segala  adat  yang  berlaku  dalam  masyarakat dan didapati bertentangan dengan syariat Islam.
  • Sebagai contoh seperti kebiasaan mereka memakan riba, menghidangkan minuman-minuman yang keras,  mengadakan tarian-tarian di hari-hari  perayaan ,   meninggalkan  sembahyang di hari perayaan umum dan pergaulan bebas tanpa menutup aurat di antara  perempuan mengharamkan pendedahan aurat kepada yang bukan mahram

2.PERBEZAAN URUF DAN ADAT



Walaupun majoriti ulama menyamakan antara al-Uruf dengan Adat, namun sesetengah ulama dapat membezakannya. Perbezaan antara al-Uruf dengan Adat ialah ;

1. Adat itu kemungkinan atau kadang kala lahir daripada pemikiran seseorang serta kumpulan orang ramai.  Manakala al-Uruf pula kemungkinan lahir melalui pemikiran orang ramai yang berilmu.

2.Setengah ulama menyatakan Adat hanya tertumpu kepada perbuatan sahaja.  Manakala al Uruf pula kebiasaannya tertumpu pada perkataan sahaja.

Ringkasnya, Adat dan al-Uruf dilakukan secara berulang-ulang kali sehingga menjadi sebati dalam jiwa, membawa ketenangan serta diterima oleh akal waras. Apa yang pentingnya, Adat dan al Uruf  dapat  diterima  menjadi  hujah  hukum  dan  apa  yang  mendatangkan faedah serta tidak bertentangan dengan hukum syarak. 

1. PENGERTIAN URUF DAN ADAT



URUF
  •  sesuatu yang dipandang baik serta perkara yang dapat diterima oleh akal yang sihat. 
  •  amalan atau percakapan sesuatu kaum yang menjadi kebiasaan mereka. Daripada maksud ini difahami bahawa uruf tidak wujud melainkan apabila ia benar-benar berlaku interaksi di antara manusia.

ADAT 
  •  Adat dari segi bahasa bermakna berulang kali iaitu pengulangan perbuatan berkali-kali.            
  • Apa sahaja yang menjadi amalan kebiasaan orang ramai atau segolongan daripada mereka,   sesuatu perbuatan atau perkataan yang berterusan dilakukan oleh manusia yang mana ia dapat   diterima oleh akal manusia atau sesuatu yang dilakukan secara berulang-ulang.