Uruf juga dianggap sebagai rujukan penerapan hukum-hakam terhadap beragam kejadian yang besifat Juz-i. Diantaranya adalah keadilan termasuk syarat diterimanya kesaksian.
Firman Allah S.W.T.
:وَأَشْهِدُواْذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُم
Firman Allah S.W.T.
:وَأَشْهِدُواْذَوَيْ عَدْلٍ مِّنكُم
Maksudnya :
“dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu,” (Surah at-Thalaq 65:2)
Keadilan adalah kemampuan yang mendorong pemiliknya untuk selalu bertakwa dan menjaga maruahnya. Jadi apa saja yang dapat menjatuhkan maruah seseorang, dianggap sebagai unsur yang merosak keadilan, dan apa yang boleh merosaknya, tentunya memiliki perbezaan sesuai dengan perbezaan masa dan tempat. Contohnya seperti membuka kepala (tidak memakai songkok). Jelas hal ini berbeza dan sesuai dengan keadaan tempat. Ini kerana bagi yang memiliki maruah,
membiarkan kepala tanpa menutup adalah sesuatu yang buruk di negeri timur, sedangkan di negeri
barat sama sekali tidak buruk. Dengan begitu, maka hal tersebut dapat merosak keadilan dalam
pandangan orang-orang timur, sedangkan bagi orang barat tidak menjadi masalah.

وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا
“Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara makruf (yang
sepatutnya).” (Surah al-Baqarah 2:233)
sepatutnya).” (Surah al-Baqarah 2:233)
Dari ayat di atas, Allah telah mewajibkan kepada seorang bapa untuk memberi makanan dan pakaian kepada ibu mengikut uruf iaitu mengikut adat kebiasaan sesuatu tempat. Kadar bagi untuk
memberikan makan dan pakaian adalah tidak ditetapkan dengan sesuatu bilangan atau ukuran malahan mengikut adat kebiasaan dalam kehidupan seharian. Jelaslah, uruf dijadikan rujukan dalam menentukan jumlah nafkah kerana nas tidak menjelaskan jumlahnya.